Expired : 18.06.18

SPR kemuka rayuan keputusan kes petisyen pilihan raya DUN Rantau


PUTRAJAYA, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memutuskan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Pilihan Raya berhubung petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.


Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, keputusan untuk membuat rayuan dibuat setelah meneliti penghakiman lisan di dalam kes petisyen pilihan raya DUN N27 Rantau dan mengambil kira nasihat peguam, khususnya mengenai kesan beberapa dapatan fakta dan undang-undang terhadap para petugas dan SPR sendiri kepada operasi dan penjalanan pilihan raya di masa akan datang.


“SPR ingin menjelaskan bahawa rayuan yang dibuat adalah berdasarkan dapatan fakta terhadap SPR dan para petugas dan tidak melibatkan pembatalan keputusan pilihan raya DUN N27 Rantau ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mahkamah Khas Pilihan Raya pada 16 November lalu memutuskan kemenangan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau pada PRU14 adalah tidak sah dan terbatal. – Bernama


The post SPR kemuka rayuan keputusan kes petisyen pilihan raya DUN Rantau appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop