Expired : 18.06.18

SPRM Pamer Pendapatan Ahli Politik Kerajaan, Pendapatan Kedua Paling Tinggi PM Tun Dr Mahathir Tetapi Selepas Dikemaskini Rupanya Menteri Ini Mempunyai Pendapatan Kedua Paling Tinggi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempamerkan pendapatan ahli politik kerajaan yang mengisytiharkan harta masing-masing kepada mereka.


Ia dimuat naik di Portal Perishtiharan Harta SPRM.


Pagi tadi pendapatan Menteri Kewangan paling tinggi diikuti dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lain-lain.


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail berada di kedudukan kesembilan.


Bagaimanapun tengah hari ini, terdapat perubahan dibuat apabila kedudukan itu berubah dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berada di tempat kedua.
Kemungkinan laman web itu sedang dikemas kini.


Maklumat itu tidak menjelaskan jumlah itu untuk tempoh berapa lama, sama ada sebulan atau tempoh lain.


Begitu juga sama ada ia adalah pendapatan sendiri atau bersama anggota keluarga yang lain.


Tiada pecahan pendapatan dipamerkan buat masa ini susulan “masalah teknikal”.



SPRM papar senarai pengisytiharan harta pemimpin kerajaan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota Kabinet dan anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) di portal suruhanjaya itu bermula 1 Oktober ini.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, ini seiring arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat PH bersikap telus dan bebas rasuah.


“Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,” katanya ​​​selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio untuk memperkenalkan rancangan bual bicara SPRM 360, di sini hari ini.


Menurutnya, kesemua anggota kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytiharan itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik di portal suruhanjaya.


Mengulas lanjut, Shamsun Baharin berkata, setakat pihaknya belum menerima senarai penuh pengisytiharan berkenaan.


Katanya, SPRM dimaklumkan kesemua anggota pentadbiran dan mereka yang berkenaan harus mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.


“Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Okt nanti kita akan lihat siapa yang sudah melaksanakan pengisytiharan harta itu,” katanya.


Mengulas rancangan bual bicara SPRM 360, beliau berkata, program akan bersiaran bermula 22 Sept ini di Bernama Radio.


“Rancangan 13 episod ini akan bersiaran pada setiap Sabtu dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dengan setiap minggu menampilkan pengurusan tertinggi SPRM sebagai tetamu untuk bercakap berhubung isu pencegahan rasuah,” katanya.


Beliau berkata program SPRM 360 itu juga akan menjadi platform suruhanjaya dan media khususnya Bernama dalam menyebar luas mesej berkaitan pencegahan rasuah.


“Walaupun terdapat SPRM My Anti-Corruption Channel (MACC.fm), capaiannya tidak meluas berbanding radio biasa. Sebab itu kita adakan kerjasama dengan Bernama sebagai usaha mendapatkan lebih ramai pendengar.


“Ini kerana rasuah adalah isu nasional yang perlu kita dapatkan sokongan daripada semua pihak memandangkan masyarakat sendiri yang sangat terkesan jika gejala rasuah dibiarkan berlarutan,” katanya. — BERNAMA


SPRM papar senarai pengisytiharan harta pemimpin 1 Okt
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memaparkan butiran pengisytiharan harta Menteri Kabinet dan anggota Parlimen Harapan di laman sesawang rasminya, 1 Oktober ini.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Bahrin Mohd. Jamil berkata, maklumat yang dipaparkan itu boleh dijadikan rujukan masyarakat selain selari dengan hasrat Pakatan untuk menonjolkan sikap amanah melaksanakan tugas.


Norlida Ishak Shop