Expired : 18.06.18

SPRM tangkap bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk


JOHOR BAHRU, 5 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Seorang bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, bagi membantu siasatan berhubung dua kes menerima suapan wang dan sebidang tanah bernilai RM230,000.


Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu juga adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).


Beliau ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 12.40 tengah hari semalam dan berkemungkinan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.


Difahamkan, ketika menjadi Ahli Lembaga Pengarah Felda, beliau mengunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan mencadang dan meluluskan pelantikan sebuah syarikat pencetakan yang disyaki beliau mempunyai kepentingan bagi kerja-kerja penerbitan Akhbar 1Suara di FELDA pada tahun 2012 hingga 2015 yang dianggarkan bernilai lebih RM13 juta.


Sebagai balasan, pada 2013, beliau menerima suapan wang ringgit bernilai RM50,000 dan pada 2014 pula, beliau telah menerima sebidang tanah di Mukim Kota Tinggi, di sini, bernilai kira-kira RM180,000.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa bekas anggota Parlimen itu akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. – Bernama


The post SPRM tangkap bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop