Expired : 18.06.18

SPRM tangkap Rosmah, akan didakwa esok

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


SPRM dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu, Rosmah ditahan berhubung siasatan mereka terhadap projek tenaga solar kerajaan.


Rosmah ditahan kira-kira lima minit selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses akhir siasatan projek tersebut pada jam 1.40 petang.


“SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Rosmah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok,” katanya.


SPRM bagaimanapun mengesahkan, Rosmah sudah dibebaskan dengan jaminan petang ini.


Esok tokoh berprofil tinggi itu akan berdepan dengan tuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.


Mengikut peruntukan itu seseorang itu boleh dianggap bersalah jika menerima atau bersetuju untuk menerima suapan untuk diri sendiri atau orang lain.


Jika didapati bersalah Rosmah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000 bergantung kepada mana yang lebih tinggi.


The post SPRM tangkap Rosmah, akan didakwa esok appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop