Expired : 18.06.18

Status Sabah, Sarawak: Kerajaan PH gagal pinda Perlembagaan

SELEPAS lebih sembilan jam perbahasan berlangsung, cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sawarak gagal diluluskan di peringkat dasar.


Ia memandangkan usul berkenaan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh diluluskan apabila gagal mendapat sokongan dua per tiga daripada anggota Dewan Rakyat.


Mengikut keadaan semasa PH memerlukan sokongan 148 anggota parlimen bagi meluluskan pindaan tersebut.


Bagaimanapun ketika undian dijalankan hanya 138 anggota parlimen menyokong manakala 59 lagi berkecuali.


Tiada mana-mana anggota parlimen membantah cadangan tersebut.


[Berita lanjut menyusul]


The post Status Sabah, Sarawak: Kerajaan PH gagal pinda Perlembagaan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop