Expired : 18.06.18

“Stress tengok takde rupa” – Wanita Ini Terkedu Tengok Hasil Inai Harga RM550





Sebagai wanita, sudah semestinya akan melaram habis-habisan untuk ke sesebuah majlis, lebih-lebih lagi kalau ianya ada tema.





Keluarkan duit banyak-banyak untuk tampil lawa dengan harapan dapat
hasil yang memberangsangkan. Bukan bagi wanita je bagi lelaki pun akan
fikir ‘lagi mahal kena caj lagi lawa lah hasilnya’kan?





Tapi sayang, hasilnya kelaut! Kesian  WN Syuhadah(Syu) ni, nak cari perkhidmatan inai, tapi bila dah siap kena caj harga mahal, lepastu hasilnya..Alahai! Korang tengok lah sendiri





Mula-mula setuju harga RM150 sahaja









Biasalah dalam majlis, mesti ada kelam kabut, nak kejar masa sampai
terlupa itu ini, lebih-lebih lagi jika orang tu jenis yang sibuk macam
Syu ni.





Itu sebab lah dia pun main ‘balun’ je cari mana-mana pelukis inai.





Untuk dinner malam tu semua perfect (for me) . Baju onz by Uncle’s Ash Bin Arrif, makeup onz by Ainna ML tapi
inai je kelaut . Stress betul . Ceritanya Syu tak sempat berinai so
mintak kawan carikan someone yang boleh datang hotel untuk inai sebab
petang tu busy sangat . Syu dah wassap beberapa henna artist around KL
tapi semua full date tu. Maka dengan masa yang limited panggil je la
auntie ni dekat Ampang Point dia sanggup datang hotel untuk berinai .
Harga dia setuju mula-mula Rm150 untuk inai tangan sahaja.





Sebenarnya Syu ni macam dapat ‘hidu’ sesuatu, tengok masa proses lukisan ada banyak spoil tapi dia cuba lah husnuzon bila dah siap, nak pergi bayar, terkejut dengan harga nya.





Minta ubah sikit, terus tukar harga RM 550, hasilnya…









“Then dia pun datang hotel .
Lambat jugak dia sampai . So ktorang pun start la berinai . Mula-mula
boleh nampak dia punya lukisan tak kemas pastu asyik tersalah , lukisan
tangan kiri tak sama macam tangan kanan . Siap yang kawan Syu punya , so
my turn . Syu request nak panjang sikit dari kawan Syu , pastu bunga
nak lebat sikit . Pastu last-last dia bagitau harga Rm550 .”





Dah la banyak kali silap buat, lepastu bila inai dah kering hasilnya,
alahai macam tak percaya je ini nurkilan harga RM550, nak marah tak
dapat sebab orang tu awal-awal dah chow





Alasan design susah, pengalaman dah 17 tahun…





Sumber : Facebook




“Mula-mula nampak ok je inai
sebab belum kering kan . Nampak cantik la jugak . Lepas dah kering tu
aduhai stress tengok takde rupa inai langsung . Auntie ni awal-awal dah
lari tak tunggu kering. Katanya rushing nak ambik anak dia.





Mula-mula argue jugak harga
tu . Dia kata sebab design susah plus pengalaman dia dah 17 tahun k .Syu
macam pelik dah, takkan tambah sikit panjang harga mencanak naik dari
kawan . Kawan Syu Rm150 , Syu punya Rm550 , transportation cost lain
tau. Tapi sebab dah penat waktu tu so Syu bayar je lah .





Auntie ni beroperasi di
Ampang Point . Takde niat nak tutup periuk nasi dia cuma lain kali
please be careful . Salah Syu sebab tak tanya awal-awal sebab ingatkan
harga naik sikit je . Kalau cantik takpe , ini alahaiiiii stress tengok .
Berbaloi ke harga Rm550 macam ni ? Geram je tengok”





Aduhai, admin tengok pun macam lukisan kanak-kanak tadika je. Nasiblah inai tu boleh hilang, kalau tak naya je. Sebab inai boleh hilang tu juga lah admin rasa RM550 tu tak berbaloi.






The post “Stress tengok takde rupa” – Wanita Ini Terkedu Tengok Hasil Inai Harga RM550 appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop