Expired : 18.06.18

Stylus Ini Boleh Berfungsi Sebagai Sebuah Telefon Mudah Alih

Telefon pintar menggantikan kamera kompak, mesin perakam suara, mesin kira, komputer riba, buku nota dan banyak lagi. Ini adalah sebab mengapa telefon pintar kini adalah peranti yang perlu dalam kehidupan seharian manusia moden. Trend semasa ialah telefon pintar dengan skrin yang semakin besar. Jika anda sudah bosan dengan telefon pintar, kini anda boleh membeli sebuah stylus yang juga merangkap sebuah telefon mudah alih.


Zanco S-Pen ialah stylus yang boleh digunakan pada tablet, telefon pintar dan juga komputer riba. Pada waktu yang sama ia boleh berfungsi sebagai telefon pintar selular padat yang boleh disimpan di dalam kocek. Ia menyokong rangkaian 2G dengan sokongan kad nano SIM. Selain melakukan panggilan telefon, ia turut boleh menjadi perakam suara, pemain muzik MP3, radio, penunjuk laser untuk pembentangan, alat kawalan jauh dan juga sebuah kamera video.



Dengan tambatan bluetooth ia boleh beroperasi sebagai gagang telefon kepada telefon pintar. Muzik boleh didengari menggunakan bicu audio 3.5mm atau tambatan peralatan audio bluetooth. Bagi yang berminat Zanco S-Pen  sedang mengumpul dana menerusi Kickstarer dan boleh ditempah pada harga $49 (~RM 204) sebatang.


Norlida Ishak Shop