Expired : 18.06.18

Suami baru masuk hospital, cikgu jumpa pasangan bersanding

Jeffry Azmi Nasruddin (dua, kiri) dan Zainah Abu Bakar menggantikan tempat persandingan anak dan menantunya Ahad lalu. — Foto ihsan Facebook/Ahmad Firdaus
Jeffry Azmi Nasruddin (dua, kiri) dan Zainah Abu Bakar menggantikan tempat persandingan anak dan menantunya Ahad lalu. — Foto ihsan Facebook/Ahmad Firdaus

PUTRAJAYA, 6 Sept — Tidak sampai 24 jam diijabkabul, guru Fatheen Afiqah Jeffry terpaksa meminta ibu bapanya menjadi “pengantin” Ahad lepas.

Guru Sekolah Kebangsaan Presint 5 Putrajaya berkata permintaan itu dibuat selepas suami yang baru dinikahi terpaksa dimasukkan ke hospital, lapor Harian Metro.


“Pada mulanya, kami ingat sakit itu mungkin disebabkan masuk angin akibat lewat makan susulan sibuk dengan majlis pernikahan kami pada pagi itu.


“Namun pada hari persandingan kami, sakitnya semakin melarat sehingga dia tak mampu hendak bangun.


“Apabila saya bawa suami ke Hospital Putrajaya, doktor terus masukkan dia di zon semi kritikal,” katanya.


Persandingan Ahad lepas mencetus kejutan selepas Jeffry Azmi Nasruddin, 52, dan Zainah Abu Bakar, 52, menggantikan tempat anak dan menantunya.


Fatheen, 27, berkata walau terpaksa menemani Amirudin Abdul Kassim, 28, di hospital namun mereka tetap bersyukur kerana sudah dinikahkan.


“Sanding tidak penting janji saya dan suami sudah selamat bernikah. Itu pun sudah buat kami bersyukur.


“Insya Allah, kami akan bersanding pada majlis lelaki di Jerantut, Pahang Oktober ini.


“Apa yang penting suami saya selamat dan dia baru saja selesai menjalani pembedahan di Hospital Selayang semalam,” katanya.


Norlida Ishak Shop