Expired : 18.06.18

Suami Tampil Beri Penjelasan Isu Video Belasah Doktor Di Klinik

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah video yang menunjukkan seorang pemuda bertindak memukul seorang doktor tular. Pemuda tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar kenapa beliau bertindak sedemikian.


Menurutnya pemuda tersebut iaitu Aiman Ariff Ahmad Amirudin, tindakan beliau disebabkan isteri beliau kantoi curang dengan doktor tersebut. Beliau memukul doktor itu setelah doktor tersebut tidak menghiraukan amaran yang telah diberikan beliau untuk tidak berjumpa dengan isterinya lagi.




Doktor kena belasah.


Kalau yang perempuan tak melayan tak jadi jugak, belasah la dua-dua sekali, tunjuk muka perempuan tu sekali baru adil. pic.twitter.com/oaywFUYmfU


— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 4, 2019



Malah, beliau mengatakan bahawa beliau bukannya seorang yang cemburu buta dan tidak menuduh isterinya sembarangan tetapi beliau mempunyai bukti. Bukti yang dimaksudkan oleh beliau adalah access card keluar masuk, video rakaman cctv, video pengakuan mereka berdua termasuk resit hotel.


Tambahnya lagi, beliau menyedari isterinya ada hubungan sulit sejak 8 bulan lalu dan walaupun beliau tinggal jauh dari isterinya tetapi beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.  Beliau sedar bahawa tindakan beliau memukul doktor tersebut adalah keterlaluan.


Beliau bagaimanapun telah menyerah diri di balai polis setelah beliau memukul doktor itu. Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh ketiga-tiga pihak.


Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan dengan kes pukul memukul yang viral di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.



Lelaki Belasah Bekas Isteri Dan Mertua Dibebaskan Kerana Faktor ‘Kesihatan’





Issey Pula Dipersalahkan Berikutan Kes Pukul Bekas Isteri Dan Mertua




Norlida Ishak Shop