Expired : 18.06.18

Subang Jaya selamat dan terkawal: Polis


BANGI, 22 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Polis menafikan sekeras-kerasnya penularan di media sosial berhubung kenyataan yang menimbulkan kebimbangan dan menganggu keharmonian masyarakat.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kenyataan tular kononnya terdapat pesanan daripada Bukit Aman yang menyatakan akan berlaku serangan rawak di USJ dan Subang, adalah tidak benar.


Malah beliau menafikan maklumat lain mendakwa masyarakat India akan mengadakan rusuhan besar-besaran kepada orang Melayu.


Beliau turut mengesahkan mesej yang menyebut bahawa kawasan Sunway dan USJ sebagai ‘black area’ juga adalah palsu.


“Adalah ditegaskan keadaan semasa di seluruh kawasan Subang Jaya adalah tenang, selamat dan terkawal.


“Netizen diminta berhenti daripada menular berkaitan perkara yang tidak benar di dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.




The post Subang Jaya selamat dan terkawal: Polis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop