Expired : 18.06.18

Subhanallah.. Selepas Heboh Pasal Rumput Ala Karpet, Fenomena Bunga Tecoma Pula Berlaku di Kedah

Musim bunga kembali menghiasi landskap bandar raya ini apabila ratusan pokok tecoma mula mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih sejak minggu lalu.


Pemandangan indah bunga yang mekar dan berguguran jatuh ditiup angin itu boleh dinikmati di sepanjang Jalan Langgar dan Jalan Kuala Kedah di sini serta di beberapa lokasi di daerah Yan, Kuala Muda dan Jitra dekat sini.


Bunga dari pokok tecoma tersebut lebih dikenali sebagai ‘sakura Kedah’ dalam kalangan penduduk di negeri ini disebabkan pohonnya seakan-akan pokok sakura di Jepun.



Pengarah Pertanian Kedah, Eliyas Saad berkata, kebanyakkan pokok tecoma yang ditanam sebagai pokok hiasan dan teduhan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di tepi jalan utama dan Lebuh Raya Utara-Selatan di negeri ini mekar secara serentak pada musim ini.


” Panas dan kering secara berterusan bagi menggalakkan proses pendebungaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kata beliau, musim bunga tecoma boleh bertahan sehingga tiga minggu, bagaimanapun tempoh tersebut akan menjadi lebih pendek jika berlaku hujan berpanjangan.


” Bunga tecoma yang mekar ini mudah gugur terutama ketika hujan,” ujarnya.


Tambahnya, bunga tersebut dikenali sebagai sakura dalam kalangan penduduk Kedah bagi memberi gambaran yang mudah tentang musim bunga di negeri ini yang seakan-akan musim bunga sakura di Jepun.


Lihat video di bawah



Sementara itu, penduduk, Muiz Salleh, 27, berkata, kebanyakkan pokok tecoma mengeluarkan bunga dengan lebat secara serentak pada tahun ini berbanding tahun lalu.


” Saya lihat bunga dari pokok tecoma ini bertambah mekar dan berguguran ditiup angin di bahu jalan di Jalan Langgar ini selepas hujan pada malam Ahad lalu.


” Pokok ini memerlukan cuaca panas yang berterusan sebelum mengeluarkan bunga dengan banyak selepas hujan,” katanya. – K! ONLINE


Sebelum ini fenomena rumput ala-karpat di Yan Kedah



Sementara itu jika anda masih ingat, tular di media sosial baru-baru ini tentang kemunculan rumput ala karpet di Yan kedah


Selepas tular jerami gulung, kini orang ramai di sekitar daerah Yan ‘dianugerahkan’ lagi dengan panorama indah ‘rumput karpet’ yang tumbuh di dalam tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).


Katanya keadaan rumput yang tumbuh menghijau sepanjang tali air MADA membuktikan kekuasaan Allah SWT yang menghidupkan rumput subur di atas tanah kering kontang akibat musim panas.


“ Cuaca sekarang sangat panas, kebanyakan sawah sudah dituai manakala tali air ini kering, tetapi di sebalik tanah yang merekah, ada tumbuhan yang boleh hidup dan mewarnai tali air ini.


“ Selepas tular minggu lalu, saya mengajak rakan-rakan untuk bergambar, kerana terlalu teruja kami mengambil gambar dengan gaya baring dan meniarap di atas rumput yang sangat cantik seperti karpet,” katanya yang juga pelajar sekolah menengah agama di Alor Setar.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.


Sumber : kosmo via rimbabara


Norlida Ishak Shop