Expired : 18.06.18

Sudah Berpisah Dengan Isteri? Ini Respon Tauke Jambu

Kecoh sejak awal malam tadi, khabarnya pelawak Tauke Jambu sudah pun berpisah dengan isterinya, baru-baru ini.


Perkara tersebut didedahkan isterinya sendiri, Nadia Mohad Affandi yang mendakwa dia diceraikan hanya menerusi aplikasi voice note di WhatsApp.


Difahamkan, perpisahan yang berlaku adalah berpunca daripada wujudnya orang ketiga.


Lalu, pelbagai komen diberikan netizen mengenai kisah sensasi terbabit, termasuk di ruangan komen Instagram milik Tauke.




Mengambil pendirian untuk menjawab apa yang ditanya, berikut merupakan antara jawapan yang diberikan Tauke berhubung isu rersebut.



Pagi ini, Tauke sekali lagi memuat naik sekeping foto besertw dengan kapsyen yang menyatakan pendiriannya terhadap perkara itu.




Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina, 26 Oktober tahun lalu.


Foto: Instagram Tauke Jambu


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop