Expired : 18.06.18

Sudah Cukup 30 Hari,Shakilla Khoriri Dedah Wajah Penuh Anak! Tembamnya Pipi!

Seperti yang dijanjikan,pelakon Shakilla Khoriri telah mendedahkan wajah penuh puteri sulungnya,Ameena Sofia yang sudah genap sebulan pada hari ini.


Perkara itu disahkan Shakilla sendiri menerusi Instagrammya.


“Assalamualaikum.


Syukur Alhamdulillah.


“Hari ni @ameenasofia_ cukup 30 hari.


30 hari yang banyak mengajar aku jadi seorang perempuan yang sabar dan kuat.


“Perit,Pedih dan segalanya aku telan untuk mengeluarkan Ameena.


Rasa macam tak percaya setiap hari dan malam aku sekarang ada budak ni.


“Kadang lama aku tenung dalam2 mata dia. Hati aku tertanya.


Budak ni 9 bulan dalam perut aku.


Rasa nak menitik airmata bila setiap kali teringat kali pertama Ameena menangis lepas keluar dari perut,”tulisnya. 




Dalam pada itu, Shakilla meluahkan rasa syukurnya kerana anugerah terindah (anak) dari Yang Maha Esa.


“Rasa sebak dada bila hari tu aku dapat gelaran EMAK.


“Baru aku tahu kenapa Allah kata syurga anak2 ditelapak kaki Ibu.Betul lah


Norlida Ishak Shop