v Sudah Disoal Soal Zuriat, ‘Kak Lina Pom Pom’ Elly Mazlein Minta Doakan Yang Terbaik
Expired : 18.06.18

Sudah Disoal Soal Zuriat, ‘Kak Lina Pom Pom’ Elly Mazlein Minta Doakan Yang Terbaik

Artis serba boleh, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom memberitahu Astro Gempak bahawa dirinya dan suami tidak meletakkan sebarang perancangan keluarga.

Dia yang bergelar isteri kepada Mohammad Azlan Che Noh pada 18 Januari lalu berkata dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa.

“Saya tak rancang apa-apa dalam keluarga. Soal anak, ada rezeki, syukur Alhamdullilah. Kalau tak ada kita usaha sampai dapat, Insya-Allah, doa-doakan ya,”

Dalam perkembangan terbaru, Elly kini tidak sabar untuk memasuki set penggambaran drama bersiri Kampung People musim kedua.

Menerima reaksi serta respon positif daripada peminat, Elly berkata dia sudah tidak sabar untuk beraksi semula dalam naskah berkenaan. Rata-rata peminat memang teruja dan tertunggu sambungan karya terbabit kerana gelagat pelakon yang membintangi drama tersebut memang menghiburkan penonton.

Sumber: Astro Gempak