v “Sudahlah Gemuk, Tak Layak Bercinta Dengan Khai”- Rosma AF Jadi Mangsa ‘Body Shaming’ Netizen, Digelar Mak Cik Anak Ramai
Expired : 18.06.18

“Sudahlah Gemuk, Tak Layak Bercinta Dengan Khai”- Rosma AF Jadi Mangsa ‘Body Shaming’ Netizen, Digelar Mak Cik Anak Ramai

Pernah digelar mak cik anak ramai oleh segelintir netizen, penyanyi Rosma Akademi Fantasia (AF) berkata dia sering dibuli dan menjadi mangsa ‘body shaming’ berikutan tubuh badannya yang agak berisi.

Malah, dia turut mendakwa ada manusia di luar sana yang berpendapat dia tidak layak bercinta dengan Khai yang kini sudah bergelar suaminya.

Mengimbas kembali kariernya dalam bidang nyanyian selama 17 tahun bergelar anak seni, dia berkata dirinya sering saja dikecam kerana bertubuh gempal dan dalam pada masa yang sama dia pada ketika itu sedang bercinta dengan Khai AF.

View this post on Instagram

Ada org tanya..Akak..Saya ni tak mkn nasi.Tak pe ke? Sebenarnya terpulang pada individu. As long as mkn dgn rutin yg teratur dan amalkan pemakanan yg sihat dan seimbang.Dan yg penting kita enjoy dgn apa yg kita buat.? Baru proses penurunan berjalan dgn baik. Kte?? Kte mkn nasi..? Nasi tak salah dlm hal ni.Yg salah kita sbb selalu nak mkn lebih.? Cukup menyalahkan itu ini sbb hakikatnya kita sendiri yg tak boleh kawal. Didik diri utk ubah habit makan. Kita perlu buat sbb org lain tak boleh buatkan utk kita. Tindakan itu bermula dari kita bukan org lain. Kalau org lain dah bertindak,merekalah yg akan dapat result nanti. Kita??.Sampai bila nak tengok je.? Jom ubah habit mkn..Berat turun,kesihatan bertambah baik.??? #kupenggunamssenaros #mssenaros #khairosma

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

“Saya pernah dikecam teruk kerana memilik badan sedikit berisi. Ada satu kejadiaan semasa sesi promo di ruang sembang maya, saya terima komen pedas melibatkan fizikal, dua kata sudahlah gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai,”

Rosma turut menambah, ada segelintir pihak di luar sana memanggilnya mak cik yang mempunyai anak ramai kerana berbadan tembam. Mengakui dirinya biasa sahaja, pada ketika itu dia tidak terlalu memikirkan tentang soal ingin menjadi cantik. Hanya selepas keluar daripada Akademi Fantasia musim pertama barulah Rosma mulaa terfikir untuk menjaga penampilan diri.

View this post on Instagram

#Throwback2016 Dalam berniaga turun naik adalah perkara biasa, luar biasa kalau terus naik atau terus menurun. Ketika naik jgn sesekali alpa & terperuk dalam Zon Selesa, Ketika turun jgn lah pula kecewa & putus asa serta sering menyalahkan sesiapa. . “Kuncinya ialah Sabar & Terus Istiqomah” Semuanya dengan izinNya menggerakkan, mengingatkan & mengurniakan nikmat kepada kita. Tapi jgn lah semata2 hanya menyerah bulat2 kepada takdir tanpa usaha & ikhtiar. Tip betulkan doa agar lebih berkesan : Sebelum ni kita doa “Ya Allah berikanlah aku kekuatan” Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita. Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.” ? . #KhaiRosma #Alhamdullillah #ThankYouYaAllah #MSbyKhaiRosma #MSSenaRos

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Akui terkesan dengan komen-komen sebegitu, pemilik nama Rosmayati Sidik ini berkata dia kini nekad untuk memulakan diet secara ekstrim sehingga adakalanya membahayakan kesihatan dirinya.

“Selepas menyertai AF1, berat badan naik mendadak sehingga pernah mencecah 70 kilogram. Sampai hati saya terdetik, besar sangat ke badan aku ni? Disebabkan nak kurus, saya mulakan diet secara salah sampai pernah jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital,”

Namun kini, Rosma memberitahu dirinya ketika ini sedang mengamalkan diet yang betul dan telah mengeluarkan produk menguruskan badan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Kini, berat badannya hanya sekitar 47 Kilogram.

View this post on Instagram

Semua org boleh lakukan perubahan yg diimpikan. Kte ni pun sememeh je dulu.Org katalah apa pun telan aje sbb apa..Dulu tak fikir nak ubah apa2.Temanya selesa katanya ?? Bila ada kesedaran utk berubah,terus buat tindakkan. Dalam tindakkan akan ada jatuh bangunnya,itu namanya proses. Jika kte seronok dan penuh disiplinnya memupuk,menyemai,mengembangkan lelemak dibadan maka kita turut perlu seronok dan disiplin memupuk diri mengecilkan kembali lelemak itu.? Alasan itulah tembok yg perlu kte pecahkan. Jika kte ni tak pecahkan alasan utk berubah dari tahun 2003,Rasanya tak ada picture ini. Hanya diri kita mampu lakukan.Ingat..Selepas tindakkan akan disusuli dgn proses,dalam proses baru nampak hasilnya sikit demi sedikit. Jangan fikir hari ni buat,esok jadi mcm gambar kat sebelah.Mmg idok le ? #mssenaros #khairosma #fightobesity

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

View this post on Instagram

Pic ni 2 bln lepas, last kami jalan2 kt mall & lepak2 hotel 1 famili sebelum pkp. Ya Allah semoga kita semua & negara Malaysia bebas drpd covid-19. InsyaAllah… Amin… ? #KhaiRosma #StayAtHome #PKP #BebasCovid

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

 Telah mengeluarkan produk kesihatan dan perlansingan badan berjenama MS SenaRos, Rosma berkata dia tidak pernah melupakan karier nyanyian yang telah menjadi platform untuk dirinya terlibat dalam dunia seni.

Walaupun karier nyanyian kini berada di tempat kedua, dia sering menerima undangan menyanyi di hotel-hotel sekitar ketika bulan Ramadhan yang lalu.

“Saya tak kisah pun orang nak kata saya artis sendu atau apa sekalipun.. mungkin ada yang kata pintu rezeki nyanyian tak serancak dulu tapi Allah Maha Berkuasa membuka pintu rezeki dalam dunia perniagaan pula. Saya percaya rezeki itu ada di maana-mana,”

Rosma yang kini bahagia bersama Khai telah berkahwin sejak tahun 2008 yang lalu dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Amzar Danish,11, Nur Amani Damia,6, dan Nur Alya Dhania, 1 tahun 3 bulan.

Sumber : mStar Online