Expired : 18.06.18

Sufian Hanya Serap Aura Positif Tweet Elfira





Feb 4, 2019

0 Comments







PENYANYI Sufian Suhaimi berterima kasih atas setiap doa serta ucapan positif diterimanya sewaktu beraksi di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) termasuklah daripada bekas tunangnya Elfira Loy yang turut memberi ucapan di Twitter.


Sufian, 26, berkata dia tidak mahu ambil tahu pun jika ucapan berkenaan bertujuan untuk menyindirnya baik daripada Elfira atau sesiapa pun termasuk netizen. Sebaliknya, dia beranggapan doa mereka termakbul untuknya memenangi trofi di AJL33.


“Terima kasih mendoakan saya yang baik-baik. Saya rasa niat itu baik, tiada silap pun dalam tweet itu (tweet Elfira). Ada banyak perkara dan komen-komen yang positif saya dapat pada hari ini.


“Bukan saja dalam kalangan netizen, tapi daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Saya rasa perkara itu lebih menarik perhatian untuk saya fikirkan sebelum tidur malam ini.




“Bagi saya, isu-isu tweet atau komen-komen yang sindir-menyindir ini isu remeh dan saya sudah lali. Daripada tahun lalu pun perkara ini berlaku dan sudah tak jadi perhatian saya dah,” katanya.



Sufian juga terkejut apabila prop persembahannya mencetus perbualan ramai apabila dikatakan mirip dengan pelamin Elfira sewaktu melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.


Menurutnya, bukan dia memutuskan untuk mereka bentuk prop itu sebaliknya ada pasukan khas yang bertanggungjawab dalam pementasan berkenaan.


“Itulah saya pun baru tahu hari ini. Mungkin bukan hobi saya untuk melihat pelamin artis-artis kahwin.


“Apa yang diletakkan di atas pentas itu bukan saya putuskan. Ada banyak pihak yang bekerjasama dan memberi idea. Saya dapat tengok pelamin itu pun sewaktu raptai.


“Ketika itu saya tidak terfikir apa-apa sebaliknya memuji pelamin itu sangat cantik. Mungkin kebetulan pelamin itu seakan-akan dan bukan niat saya pun disebabkan pementasan bukan tanggungjawab saya,” katanya.



Terdahulu, Elfira yang kini berada di Makkah sempat memberi ucapan kepada Sufian di Twitter untuk persembahannya di AJL33 sehingga berjaya menarik perhatian ramai untuk membuat spekulasi.


“Sufian Suhaimi, saya doakan anda menang hari ini. Semoga dengan kemenangan awak, ‘derita’ dan penceritaan awak akan habis,” demikian tweet berkenaan.


Sufian berjaya menyentuh hati penonton di seluruh Malaysia dengan persembahan penuh beremosinya sehingga mendapat ‘standing ovation’ daripada semua penonton di Axiata Arena, di sini, semalam.


Sekali gus, persembahan melalui lagu Di Matamu itu dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik yang membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi. – myMetro Online





Loading...








Artikel Berkaitan



Norlida Ishak Shop