v Sugu Pavithra Enggan Terima Sebarang Anugerah, Akui Mahu Fokus Kendali Video Masakan Sahaja Selepas Ini
Expired : 18.06.18

Sugu Pavithra Enggan Terima Sebarang Anugerah, Akui Mahu Fokus Kendali Video Masakan Sahaja Selepas Ini

Susulan perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga mereka selepas pengiktirafan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 tempoh hari, pasangan Youtuber sensasi, S. Pavithra dan M. Sugu enggan menerima sebarang penganugerahan ikon.

sugu pavitra tak mahu terima anugerah lagi

Menurut Pavitra, selepas berdepan dengan apa yang terjadi, mereka kini dikhabarkan hanya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.

“Ramai lagi yang lebih layak kerana berbakat dalam pelbagai bidang untuk menerima pengiktirafan itu, jadi janganlah pilih kami.”

sugu pavitra tak mahu terima anugerah lagi

Terdahulu, suaminya Sugu didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah kerana memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya pada Selasa lalu.

“Saya tidak layak untuk menerima pengiktirafan ikon Perak atau apa-apa pengiktirafan lagi selepas ini.”

sugu pavitra tak mahu terima anugerah lagi

Bagaimanapun Pavitra yang juga ibu kepada dua anak itu menyatakan, penolakan pengiktirafan itu juga bertujuan untuk mengelakkan orang ramai daripada berasa iri hati terhadap kehidupan mereka sehingga menimbulkan perselisihan faham.

Ujar Pavitra lagi, beliau telah memaafkan suaminya dengan perbuatan yang dilakukannya tempoh hari. Selain mahu meneruskan kehidupan normal bersama keluarga tanpa dikenali orang ramai seperti dahulu, Pavitra menegaskan kedua-dua mereka tidak lagi mahu melibatkan diri dengan mana-mana ahli politik selepas ini.

Sumber: Bernama