Expired : 18.06.18

Suhakam patut hormat serbuan Jais terhadap Syiah


BANGI, 11 Muharram 1441H, Rabu – Gerakan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak menempelak tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempertikai aktiviti serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap pengikut Syiah di Selangor baru-baru ini.


Yang Dipertua Isma Gombak, Abdul Samad Ashaari menegaskan, Suhakam sepatutnya menghormati tindakan Jais yang bertindak atas peruntukan undang-undang sedia ada.


“Tindakan Jais adalah bertepatan dengan fatwa yang diwartakan pada Oktober 2013 oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.


“Isma Cawangan Gombak menyokong tindakan Jais yang membuat serbuan ke atas penganut ajaran Syiah di Gombak pada minggu lalu. Isma sebagai NGO yang berpegang kepada Perlembagaan sentiasa menyedarkan masyarakat mengenai bahaya Syiah melalui ceramah ceramah dan seminar yang dianjurkan,” kata beliau kepada Ismaweb.


Terdahulu Suhakam menyuarakan kebimbangan berhubung serbuan terhadap pengikut Syiah di Selangor dan Johor kebelakangan ini.


Dalam kenyataan dikeluarkan, Suhakam turut mempersoalkan tangkapan yang dibuat termasuk ke atas membabitkan kanak-kanak.


“Suhakam ingin mengingatkan semua pihak bahawa hak untuk mengamalkan apa-apa agama termaktub di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Dilaporkan Jais menahan 23 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serbuan di sebuah markas Hauzah ar-Ridha di Taman Sri Gombak, Gombak.


Serbuan dijalankan selepas Jais menerima maklumat mereka berkumpul bagi memperingati Pertempuran Karbala menjelang Hari Ashura pada Isnin.


The post Suhakam patut hormat serbuan Jais terhadap Syiah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop