Expired : 18.06.18

Sukaneka PASTI Kawasan Papar Meriah



Oleh: Nurul Natasya Samsure

10 SEPTEMBER 2019


PUTATAN: PASTI Kawasan Papar telah menganjurkan acara Sukaneka pada 8 September 2019 bermula jam 7.00 pagi di padang SMK Pengalat.


Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan, antaranya ialah acara perbarisan, mewarna, lari berganti, susun abjad, acara lari membawa belon di dada, lari dalam guni, membawa bola pingpong dalam sudu, acara tarik tali bagi kategori pelajar lelaki dan dewasa serta menganyam ketupat untuk para ibu pelajar PASTI.


Sebanyak 5 PASTI yang terlibat iaitu PASTI Nur Mawaddah, PASTI Al Furqan, PASTI Al Aqsa, PASTI Ar Rayyan dan PASTI An Nawawi.


Tuan Hendri Hamsah selaku Pengarah Sukaneka PASTI kali ini melahirkan rasa terima kasih atas kerja keras semua ahli jawatankuasa program dalam menjayakan Sukaneka PASTI.


Sukaneka PASTI Kawasan Papar telah dirasmikan oleh Ustaz Zulzaiem Hilmi Abidin selaku penasihat PASTI Negeri Sabah. Beliau meletakkan harapan agar lebih ramai para hafiz dan hafizah cilik dapat dilahirkan dari Pusat Asuhan Tunas Islam.


“Di PASTI ini kita mencorak anak-anak dengan acuan Islam, mendedahkan mereka dengan cara hidup Islam. Semoga mereka menjadi generasi yang memperjuangkan Islam dengan bersungguh-sungguh.” Ujarnya sewaktu ucapan perasmian.


Pada tahun ini, sekali lagi juara keseluruhan berjaya dirangkul oleh Pasti Al-furqan dengan mendapat 11 pingat emas daripada 19 acara yang dipertandingkan.


The post Sukaneka PASTI Kawasan Papar Meriah appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop