Expired : 18.06.18

Sukar dapat roti, Khiriah catu sehari sekeping

Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie sering menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap di kaca televisyen. — Foto ihsan Instagram/Khiriah17
Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie sering menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap di kaca televisyen. — Foto ihsan Instagram/Khiriah17

PETALING JAYA, 26 Mac — Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara tidak langsung mengajar pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie untuk lebih menghargai sumber makanan.

Memuat naik gambar sebuku roti yang diletak sebaris trofi anugerah yang pernah dimenanginya, Khiriah mengakui keadaan sekarang memaksa beliau untuk mencatu makanan itu.


“Sehari sekeping berani ambillah lebih,” katanya di Instagram.




Kapsyen dimuat naik Khiriah walaupun dilihat dalam nada bergurau namun, perkara itu mempunyai asasnya.


Salah seorang pengikut pelakon itu berkata, kesukaran mendapatkan roti jelas terasa sehingga mengajar setiap insan menghargai nikmat dikecapi selama ini.


“Sampai macam tu sekali. Saya pun semalam dapat roti tu macam dapat emas. Suami dapat cari roti tu. Sukanya hati saya,” tulis Masayuasnawi.


Bagaimanapun, terdapat juga individu mempersoalkan tindakan seglintir pihak berkongsi kesukaran mendapatkan roti di media sosial.


“Tak terfikir kenapa orang asyik kemas kini pasal roti ni...sedap sangat ke? Kalau tak makan roti jadi apa ya?” tanya Mufzu.


Hantaran Khiriah setakat ini mendapat lebih 3,026 tanda “suka”.