Expired : 18.06.18

Sukar tunai janji PTPTN sebab Jho Low ambil wang negara


HULU LANGAT, 26 Safar 1440H, Ahad – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui sukar untuk menunaikan janji menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 


Menteri Pakatan Harapan itu berkata, kedudukan semasa fiskal negara menyebabkan janji tidak dapat dilaksanakan dan kerajaan tiada pilihan lain. 


Bertambah sukar katanya, apabila ahli perniagaan yang dikaitkan dengan penyelewengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low telah mengambil wang negara sehingga RM50 bilion.


“Saya terima kritikan, kerana kita memang nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN, cuma (ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.


“Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat,” katanya seperti dilapor media tempatan. 


Dalam Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan, peminjam yang berpendapatan lebih RM1,000 sebulan, perlu membayar balik pinjaman dengan cara potongan gaji antara 2 peratus hingga 15 peratus.


Terdahulu, manifesto PH dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjanji untuk memberi penagguhan bayaran balik pinjaman kepada graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan.


Namun, selepas mentadbir kerajaan, Menteri Pendidikan Maszlee Malik meminta peminjam membayar balik pinjaman mereka dan menyifatkan pinjaman perlu tetap dibayar walaupun sedikit.


The post Sukar tunai janji PTPTN sebab Jho Low ambil wang negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop