Expired : 18.06.18

Sultan Kelantan tarik gelaran darjah kebesaran Azeez Rahim

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik anugerah darjah kebesaran anggota parlimen Baling, Abdul Azeez Rahim berkuat kuasa, 2 April lalu.


Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Negeri Kelantan Nazran Muhammad.


“Ya,” katanya dipetik portal berita Malaysiakini.


Beliau diminta mengulas kesahihan surat pengumuman menarik balik gelaran itu yang sebelum ini viral di laman sosial.


Darjah kebesaran itu ialah Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Dato’.


Surat tersebut juga menegaskan bahawa Azeez tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Dato’ dan apa-apa kuasa atau perkara yang berkaitan darjah kebesaran itu.


Beliau diturut diarahkan supaya memulangkan kembali ketandaan darjah kebesaran berkaitan dengan serta-merta.


Setakat ini, belum ada maklum balas daripada Azeez berhubung perkembangan itu.


The post Sultan Kelantan tarik gelaran darjah kebesaran Azeez Rahim appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop