Expired : 18.06.18

Sumareh macam tak dapat diturunkan Rabu nanti, ini sebabnya

Malaysia meraih keputusan seri apabila berdepan dengan pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


Apa yang menjadi kebimbangan adalah keadaan pemain naturalisasi asing pertama negara, Mohamadou Sumareh yang dilihat mengalami kecederaan pada aksi separuh masa kedua semalam. Dia dilihat memegang pehanya mungkin kerana kecederaan hamstring yang masih belum pulih sepenuhnya.


Sumareh sebelum ini dibelenggu kecederaan hamstring dan tidak diturunkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ketika pasukan negara melakar kemenangan 3-1 ke atas Laos Isnin lalu.


Mempertaruhkan kesebelasan utama ketika membenam Myanmar, Sabtu lalu, anak didik Tan Cheng Hoe mempamerkan keinginan memburu gol awal apabila terus melakukan serangan bertubi-tubi terhadap Thailand memaksa pemain bermain dengan pantas antara penyebab dua pemain Malaysia mengalami kecederaan hamstring.


Kecederaan hamstring (dikenali sebagai pulled hamstring) merupakan kecederaan sering berlaku dalam sukan terutamanya sukan bolasepak yang melibatkan kepantasan. Malah, kecederaan ini merupakan antara kecederaan yang sering menghantui atlet-atlet dan pemain bola sepak dunia.


Jika Sumareh tidak dapat diturunkan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe juga bakal menggalas tugas sukar apabila bertandang ke gelanggang keramat Gajah Perang untuk aksi separuh akhir kedua nanti kerana beliau merupakan kurator dalam serangan sebelah kanan pasukan Harimau Malaya.


Harimau Malaya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri 1-1 pada perlawanan penentuan, Rabu ini untuk melangkah ke final, sekali gus mengulangi pencapaian dalam kejohanan sama empat tahun lalu.


Pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh menaruh keyakinan tinggi Harimau Malaya mampu mengejutkan Thailand di Bangkok sekiranya dapat mengekalkan momentum permainan selain memperbaiki kelemahan dalam melakukan penyudah.


Namun apa yang menambah kebimbangan Cheng Hoe untuk berdepan skud Gajah Perang di Stadium Nasional Rajamangala adalah kecederaan menimpa Sumareh dan pertahanan kanan, Syazwan Andik.


“Saya berharap Sumareh dan Syazwan akan kembali pulih kerana mereka mengalami kecederaan hamstring,” katanya.


Walau bagaimanapun, khidmat penyerang kelahiran Gambia itu pasti ditagih pasukan negara untuk memperkuatkan jentera serangan Rabu ini namun ini cuma kebimbangan penulis, diharap tiada berita buruk daripada pasukan perubatan sama ada pemain tersebut boleh beraksi atau tidak.


Norlida Ishak Shop