Expired : 18.06.18

Sumbangan kerajaan untuk pertubuhan sesat SIS keterlaluan


Oleh Siti Fatimah Ishak


BANGI, 4 Rejab 1440H, Isnin – Tindakan kerajaan menjanjikan peruntukan RM20,000 untuk pertubuhan liberal, Sister In Islam (SIS) disifatkan sebagai tidak wajar dan agak melampau, kata Presiden Professional Muslim Community, Hazwan Mohamad.


Beliau berkata, semua maklum SIS adalah pertubuhan sesat, malah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2004 telah mengisytihar SIS sebagai pertubuhan yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama, dan nyata sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.


“Sesat pun dapat dana. Saya tidak terkejut kerana dalam kerajaan Liberal Demokratik yang sedang menduduki kerusi empuk Putrajaya, memang diketahui ramai, sejak berarak dan berguling di Dataran Merdeka sebelum jadi kerajaan lagi, mereka sudah ada teman mesra.


“Peruntukan yang diumumkan itu apa yang zahir dan nampak. Tetapi, saya yakin dan percaya lebih banyak lagi bantuan telah dan akan diberi kepada pertubuhan sesat ini tanpa kita tahu dan sedar,” sindirnya.


Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh mempertahankan keputusan memberikan sumbangan daripada peruntukannya kepada SIS, walaupun dipertikai ramai pihak.


Ahli Parlimen parti tamak haloba itu mendakwa, sumbangannya bertujuan memberi sokongan kepada kerja-kerja pengumpulan data dan statistik yang boleh membantu merangka pelan dan intervensi dalam usaha menyelesaikan masalah sosial negara.


“Saya tidak pernah menjangka hasrat untuk membantu wanita muslim boleh dijadikan isu. Sepatutnya soal wanita muslim teraniaya yang menjadi pokok perbincangan dan bukannya isu yang tidak membina seperti ini,” katanya.


The post Sumbangan kerajaan untuk pertubuhan sesat SIS keterlaluan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop