Expired : 18.06.18

Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara menjelaskan pemansuhan aliran sastera dan sains bagi pelajar Tingkatan Empat.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata surat berkenaan mengandungi panduan berhubung kaedah penjelasan yang perlu diberi kepada pelajar.

“Pemansuhan aliran sastera dan sains perlu dilaksanakan mengikut keupayaan atau pertimbangan setiap sekolah.

“Kita tak cakap semua sekolah untuk hentikan dua aliran ini, tetapi menggalakkan mereka menjelaskan bahawa kita mempunyai pelbagai pakej,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Oktober lalu, kerajaan dilapor masih mengkaji dan mendapatkan input pelbagai pihak berhubung keperluan memansuhkan aliran sains dan sastera bagi pelajar Tingkatan Empat pada 2020.

Nie Ching berkata, pelajar Tingkatan Empat digalakkan mengambil beberapa subjek tertentu bagi pakej bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Pakej berbeza ditawarkan untuk aliran sains, sastera dan kemanusiaan, selain pelajar boleh mengambil lima subjek elektif mengikut pilihan dan minat masing-masing,” katanya.







Share this




Admin





Related Posts




Norlida Ishak Shop