Expired : 18.06.18

Surat Peguam Belum Sampai Ke Tangan Saya – Linda Rafar Enggan Komen Isu Tuntutan Maaf

Penyanyi Linda Rafar enggan memberikan sebarang komen mengenai notis tuntutan permohonan maaf serta ganti rugi kepada jururawat seperti yang dikemukakan oleh kesatuan Delegation Of Nurses pada 2 Januari lalu.



Linda cuma memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada peguam dan agak pelik mengapa isu tersebut sudah ditularkan.


Pelik, surat peguam belum sampai ke tangan saya tetapi sudah ditularkan. Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa atas nasihat peguam dan pihak berkuasa. Harap faham dan doakan yang terbaik untuk saya.


Terdahulu, DON menuntut Linda untuk membuat permohonan maaf  dan ganti rugi kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari. Sekiranya Linda gagal melaksanakannya, kes berkenaan akan dilanjutkan menerusi prosiding di mahkamah.


Sumber Berita : Harian Metro


Norlida Ishak Shop