Expired : 18.06.18

Suspek dalang Sungai Kim Kim didakwa esok

BANGI, 6 Rejab 1440H, Rabu – Pengusaha kilang tayar kitar semula yang juga suspek utama kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dijangka didakwa di mahkamah esok.


Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pengusaha kilang di kawasan Kulai itu antara tiga suspek utama yang ditahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Johor sebelum ini.


“Kertas siasatan berhubung perkara itu sudah disiapkan JAS negeri dan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian serta pertimbangan dan mendapatkan izin mendakwa. 



“Kertas pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000,” kata Bee Yin seperti dilapor media tempatan. 


Bee Yin turut memaklumkan beliau sudah berbincang dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada dalang penyebab pencemaran sisa kimia berbahaya itu.


“Peguam Negara bersetuju kerana menganggap kesalahan ini amat berat dan memudaratkan nyawa awam jadi antara yang dilihat termasuk mendakwa dalang terbabit atas beberapa kesalahan mengikut Kanun Keseksaan selain Akta Kualiti Alam Sekitar, ” katanya.


The post Suspek dalang Sungai Kim Kim didakwa esok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop