Expired : 18.06.18

Syabas dan Tahniah Calon UPSR 2018


SYABAS DAN TAHNIAH CALON UPSR 2018


Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar UPSR 2018 yang mengambil keputusan masing-masing pada hari ini.


Penghargaan buat guru-guru dan warga sekolah yang telah berusaha dengan gigih serta peranan secara langsung ibu-bapa pelajar. Syabas buat anak-anak yang mendapat kejayaan cemerlang, pasti disebalik kejayaan ini adalah kuasa doa seorang ibu dan ayah serta pengorbanan insan di sekeliling anda. Ucapkan terima kasih buat mereka dan jadilah seperti resmi padi, makin berisi makin menunduk, semakin banyak ilmu dan kejayaan yang kita raih, semakin kita merendah diri dan tidak bermegah-megah.


Bagi anak-anak yang memperoleh keputusan kurang memuaskan, usaha anda bukan setakat di peringkat ini, teruskan usaha di masa hadapan, insyaallah pasti anda akan melakar kejayaan yang lebih gemilang!


Mari bersama kita bersyukur kepada Allah atas nikmat kejayaan yang diperolehi serta jangan lupa sujud syukur tanda terima kasih kepada Allah untuk segala rezeki dan segala urusan yang telah dipermudahkanNya.


Teruskan mencorak kejayaan anda di masa akan datang demi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Selamat maju jaya. Jadilah insan yang bermanfaat buat keluarga, agama, bangsa dan negara!


USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

29 November 2018

21 Rabiul Awwal 1440H


The post Syabas dan Tahniah Calon UPSR 2018 appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop