Expired : 18.06.18

Syafie Naswip Dan Adik Beradiknya Balas Jasa Ibubapa Mereka Hadiahkan Sebuah Rumah Baru

Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa ibu bapa terhadap kita.


Apakah cara-cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu? Terdapat banyak cara membalas jasa ibu bapa, namun ia tidaklah mampu membalas semua jasa mereka sejak melahirkan kita sehinggalah kita dewasa. Jom kita ketahui apakah cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu. Selagi kita masih hidup dan mampu, kita boleh membalas jasa mereka.


Benarlah orang kata, pengorbanan dan jasa yang diberikan seorang ibu yang melahirkan anak-anak adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Ketabahan mereka dalam mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang cukup menyifatkan mereka sebagai insan yang hebat.


Terbaru, pelakon terkenal Syafie Naswip ada memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang memaparkan usahanya bersama adik beradik yang lain membuat ‘surprise’ dengan menghadiahkan sebuah rumah kepada ibu bapa mereka.


‘Surprise’ buat mak ayah
Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah… Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016.Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini.


Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur, Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum.Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, Dan aku harap Allah permudahkan segalanya.More to come amin.



Menerusi video berdurasi 1:48 saat itu menunjukkan wanita tersebut sangat terharu sehingga menitiskan airmata. Menceritakan kisah itu, Syafie dan adiknya memberitahu agak sukar untuk memujuk ibu bapanya berpindah ke rumah lain kerana orang tua mereka itu dikatakan enggan keluar dari rumah lama di Gombak.


Tulis Syafie di kapsyen Instagram, dia telah menceritakan perjalanan dia dan adik-beradik mengumpul wang sejak tahun 2016 demi menghadiahkan sebuah rumah kepada ibu bapa mereka.Tambahnya lagi, dia amat bersyukur kerana dipertemukan dengan orang-orang baik yang banyak membantunya dalam urusan membeli rumah ini sekaligus dapat memudahkan lagi usahanya.Perkongsian Syafie ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terharu dan berbangga dengan usaha yang dilakukan Syafie dan adik beradiknya untuk membahagiakan ibu bapa mereka.


Cara membalas jasa ibu bapa yang lain juga adalah membantu ibu bapa. Bantulah mereka dalam membuat kerja rumah, membeli barang, menyediakan makanan, menghantar ke tempat yang ingin dituju dan lain-lain lagi.


Jangan lupa berikan ibu bapa anda duit belanja atau duit untuk keperluan ibu bapa. Berilah seberapa yang anda mampu, namun ketahuilah bahawa semakin banyak anda memberi kepada ibu bapa, semakin murah dan limpah luas rezeki anda.


Sumber: Syafie Naswip via OH BULAN


Norlida Ishak Shop