Expired : 18.06.18

Syafiq simpati pada Adib

PENYANYI Syafiq Farhain bersimpati dengan nasib yang menimpa salah seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini kritikal akibat diserang perusuh.


Syafiq yang juga berkhidmat sebagai bomba tidak menyangka kejadian sebegitu berlaku namun akur dengan tugasan yang sentiasa berhadapan dengan risiko.



"Ketika membaca berita ini saya sangat terkejut dan simpati dengan nasib yang menimpa Muhammad Adib.


"Tak sangka dia cedera ketika menjalankan tanggungjawab. Bagaimanapun itu adalah risiko yang harus kami hadapi," katanya.


Menurut Syafiq, dia turut kecewa dengan kejadian berkenaan dan masyarakat perlu lebih menghormati bidang tugas unit beruniform.


Katanya, tindakan perusuh mencederakan anggota beruniform yang mahu memadamkan kebakaran adalah keterlaluan dan tidak seharusnya berlaku.


"Anggota bomba sekadar menjalankan tugas dan amat diperlukan dalam apa juga situasi kecemasan," katanya yang enggan mengulas lanjut.


Dia diserang perusuh terbabit berhampiran Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya, hari ini.


Dalam kejadian itu, Muhammad Adib, yang berada dalam tempat duduk hadapan Ambulans ERMS Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, dilaporkan ditarik keluar oleh sekumpulan perusuh sebelum dipukul hingga patah tulang rusuk serta mengalami kecederaan dalaman.


Norlida Ishak Shop