Expired : 18.06.18

Syarikat Amerika Diharamkan Membuat Jualan Komponen Kepada ZTE

ZTE merupakan salah satu pengeluar peranti dari China yang menyediakan sejumlah telefon pintar menarik, termasuk dengan rekaan boleh-lipat. Kini, kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan pengharaman kepada sebarang syarikat Amerika Syarikat untuk menjual komponen kepada pihak ZTE.


Hal ini berlaku kerana ZTE dilihat melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk menjual peranti dijual di Iran. Peranti yang dijual menyertakan teknologi dari Amerika Syarikat dari segi perisian dan perkakasan, yang dijual ke Iran.


Lanjutan daripada itu, ZTE telah membayar penalti sebanyak $890 juta, selain memecat beberapa eksekutif syarikat mereka. Namun, ia dikatakan ZTE tidak melaksanakan denda dan penalti awal yang dikenakan, membuatkan kerajaan Amerika Syarikat mengambil tindakan baru ini.


Melalui pengharaman baru ini, syarikat di Amerika Syarikat diharamkan menjual kepada ZTE selama tujuh tahun akan datang.


Ini secara tidak langsung akan membuatkan ZTE tidak boleh mendapatkan beberapa komponen dari syarikat Amerika Syarikat, termasuk daripada Qualcomm dan sebagainya.


Norlida Ishak Shop