Expired : 18.06.18

Syed Saddiq patut contohi Hafizh Syahrin


BANGI, 28 Safar 1440H, Selasa – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya mencontohi keperibadian pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang masih menjaga prinsip dasar agama, walaupun berjaya mencipta nama dalam sukan permotoran di peringkat antarabangsa.


Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muslim Abdullah Zaik berkata, pelumba berusia 23 tahun itu layak dijadikan ikon anak muda Malaysia apabila berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan permotoran.


Beliau berkata, Hafizh berjaya menjadi anak Melayu pertama menyertai Kejuaraan MotoGP Dunia yang berlangsung Litar Antarabangsa Sepang dengan berada di kedudukan tempat ke-10.


Hafizh Syahrin Abdullah

“Beliau menunjukkan teladan yang baik dalam pendirian menjaga prinsip dasar agama pada masa yang sama berjaya dengan cemerlang dalam arena yang diceburi.


“YB Syed Saddiq perlu mencontohi keperibadian Hafizh Syahrin, beliau membuktikan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam masa yang sama bangga dengan identiti dan jati diri Melayu Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Hafizh mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada Ahad lalu.


Anak kelahiran Selangor itu menamatkan saingan pertamanya dalam kelas MotoGP, di kedudukan ke-10 dengan catatan masa 40:59.291s.



The post Syed Saddiq patut contohi Hafizh Syahrin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop