Expired : 18.06.18

Syed Saddiq sedih, warga maya hina ibu mahu bersara

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam mendakwa ibunya akan bersara sebagai seorang guru pada tahun ini. — Foto oleh Shafwan Zaidon
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam mendakwa ibunya akan bersara sebagai seorang guru pada tahun ini. — Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa selepas warga maya menghina ibunya Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Menteri belia dan sukan menggunakan emotikan sedih di Twitter membalas satu bebenang yang memaparkan komen terbabit.


Ahli parlimen Muar semalam mendakwa ibunya akan bersara sebagai seorang guru pada tahun ini selepas memberikan khidmat lebih 30 tahun.