Expired : 18.06.18

“Syukur Alhamdulillah,”- 25 Hari Selepas Lahir, Jojo ONE Sempurnakan Majlis Tahnik Si Anak 


Anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Jojo atau nama lengkapnya, Nur Hasan Balas meluahkan rasa syukur kerana majlis tahnik anak perempuannya, Nur Maryam Maryiah berjalan lancar.


Malah, majlis itu turut disempurnakan oleh ulama, Maulana Muhammad Zubair Albazi dan Maulana Abu Zulfaqar.


“Syukur Alhamdulillah.. Jazakallah khayr tak terhingga buat Maulana Muhammad Zubair Albazi Dan Maulana Abu Zulfaqar kerana sudi tahnikkan anak saya Nur Maryam Maryiah..serta Jazakallah khayr terima kasih sangat2 kepada sahabat saya ust @abdullah78az .. your the mannn
Dan semua team khidmat.Anda semua terbaik.


“Semoga Tausiyah YG sungguh bermakna memberi berita YG baik buat Kami apabila mengamalkannya.


“Malam ni Kami dapat ijazat istemewa Dari Maulana Zubair Al Bazi. Tentang amalan Kitab selawat Barkatul Makiyyah,” tulisnya.




Sementara itu isterinya, Siti Rahayu selamat melahirkan cahaya mata pada 24 Oktober lalu seberat 3.04kg.








Dalam perkembangan lain, bintang berusia 44 tahun itu kini sertai beberapa aktiviti dakwah bersama rakan artis lain dan sebolehnya cuba terapkan dalam diri untuk membahagikan masa antara duniawi dan ukhrawi.


Jojo juga bersama ahli kumpulan One Nation Emcess (ONE) yang lain sedang bersaing dalam program Gegar Vaganza 6, yang kini sudah pun memasuki fasa separuh akhir.



Foto : Instagram Jojo


Norlida Ishak Shop