Expired : 18.06.18

Tabiat sentak leher dengan kuat, lelaki ini lumpuh separuh badan

MUNGKIN ia sudah menjadi tabiat biasa bagi mereka yang berasa letih dengan merenggangkan otot leher sebelum memulas kepala ke kiri atau ke kanan sehingga kedengaran bunyi ‘krakk’.


Setiap kali berbuat demikian, ia dikatakan memberi kelegaan di bahagian leher selain sudah dianggap petua untuk melepaskan tekanan akibat kepenatan.


Ia juga menjadi tabiat biasa bagi Josh Hader, seorang penduduk di Guthrie, Oklahama, Amerika Syarikat, namun nampaknya ia tidak berakhir dengan baik.


Perbuatannya itu menyebabkan dia terpaksa bergegas ke hospital kerana vertebral arterynya byukan sahaja terkoyak, malah dia kehilangan imbangan tubuh.


Josh sebelum itu terasa lenguh di lehernya dan cuba melegakannya dengan melakukan sentakan yang biasa dilakukannya sebelum ini, malah kali ini dia menggunakan tangan untuk melakukannya.


Namun sentakan yang kendengaran kali ini lebih kuat daripada biasa dan dia mula menyedari sesuatu tidak kena.


Bahagian kiri badannya menjadi lumpuh serta-merta dan dia segera memeriksa sama ada bahagian wajah sebelah kirinya ‘jatuh’ (salah satu simptom terkena serangan strok).


Wajahnya kelihatan seperti biasa, lalu Josh mengandaikan mungkin urat sarafnya terjejas seketika dan pergi mendapatkan pek ais untuk melegakan kesakitan itu.


Malangnya, Josh tidak dapat berjalan seperti biasa.



Bila saya berjalan ke dapur, saya hanya dapat berjalan pada sudut 45 darjah. Saya tidak dapat berjalan lurus seperti biasa,” katanya.


Josh kemudian dibawa oleh bapa mentuanya ke hospital dan keadaan menjadi semakin buruk apabila dia langsung tidak dapat berjalan.


Pemeriksaan CT scan tidak menemui sebarang pendarahan dalam otak tetapi doktor mengesahkan Josh mengalami strok dan perlu diberi ubat yang boleh mengaktifkan tisu plasminogen atau tPA, untuk melarutkan ketulan darah beku.


Josh dipindahkan ke Hospital Mercy dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama beberapa hari sehingga dipindahkan ke pusat pemulihan di mana dia belajar untuk berjalan dan menguasi tangan kirinya.


Kisah itu dikongsi laman Facebook public healty Malaysia yang mengingatkan orang ramai berhati-hati dengan tabiat merenggangkan leher sehingga berbunyi termasuk ketika mendapat khidmat menggungting rambut.


 


The post Tabiat sentak leher dengan kuat, lelaki ini lumpuh separuh badan appeared first on NewMalaysianPost.com.