Expired : 18.06.18

(TAHNIAH) Adam Corrie Lee Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Selepas 10 tahun menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya pelakon Adam Corrie Lee menimang cahaya mata apabila isterinya, Fazema Mohd Fuad selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada petang Rabu.



Menerusi akaun Instagramnya, Adam memberitahu isterinya selamat melahirkan anak mereka sekitar jam 4 petang di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Ampang. Adam turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kelahiran cahaya matanya itu yang diberikan nama panggilan ‘Baby Lee’.








Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Adam serta isterinya dan mendoakan ibu serta bayi berada dalam kedaan baik.


Adam mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema, pada 21 November 2008. Dikurniakan anak lambat tidak semestinya kita harus terus berputus asa dan menyalahkan antara satu sama lain. Berkat kesabaran, usaha serta kasih sayang antara pasangan, inshaAllah rezeki untuk bergelar ibu dan bapa itu ada. Perancangan Tuhan itu ada hikmah dan kebaikannya. Tahniah sekali lagi buat Adam dan isteri.


Norlida Ishak Shop