Expired : 18.06.18

Tahniah... Aiman Hakim & Zahirah  Macwilson Selamat Bertunang!

Tahniah... Aiman Hakim & Zahirah  Macwilson Selamat Bertunang!
Pelakon Aiman Hakim Ridza selamat mengikat tali pertunangan dengan aktres Zahirah Macwilson.

Aiman mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

"Engaged Alhamdullilah syukur ❤ #zahirAH," katanya.

Menjengah ke ruang komen entri terbabit, ramai warganet serta rakan artis mengucapkan tahniah buat mereka berdua, antaranya Sean Lee, Sharifah Sakinah, Aeril Zafrel dan Nabila Huda.




Difahamkan, kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember tahun lalu apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.

Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang sedang hangat ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Tahniah diucapkan kepada Aiman dan Zahirah, semoga ikatan pertunangan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin.




Norlida Ishak Shop