Expired : 18.06.18

Tahniah! Ardell Aryana Selamat Bersalin Anak Sulung

Selepas dikhabarkan terpaksa menahan sakit lebih 16 jam, pelakon Ardell Aryana telah selamat melahirkan anak sulungnya awal pagi tadi.


ardell aryana


Menurut suaminya, Nadzmi Adhwa, isterinya melahirkan anak mereka secara normal pada jam 2.22pagi.









Menerusi perkongsian di Instgram, Nadzmi menzahirkan rasa syukur kepada Illahi dengan kurniaan yang diberikan. Malah pelakon itu juga sempat berterima kasih kepada sanak saudara khusunya keluarganya yang tidak putus mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.