v (TAHNIAH) Da’i Farhan Timang Cahaya Mata Lelaki
Expired : 18.06.18

(TAHNIAH) Da’i Farhan Timang Cahaya Mata Lelaki

Kemelut rumah tangga Da’i Farhan memang cukup hangat diperkatakan dan umum mengetahui dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka.

da'i farhan timang anak lelaki

Kini, anak mereka sudah selamat dilahirkan dan Farhan menerusi akaun Instagram sempat berkongsi foto dia sedang menggendong anaknya, seorang bayi lelaki. Pendakwah bebas itu meluahkan rasa syukur atas kurniaan terindah itu dan turut mendoakan kesejahteraan bekas isterinya.

Terdahulu, pernikahan kedua Farhan bersama Dr Erin yang berlangsung di Tanah Suci Makkah itu mengundang kecaman ramai apabila timbul dakwaan mengatakan ikatan tersebut tidak diketahui isteri pertama. Pelbagai spekulasi dan kontroversi tercetus dan kemudian Farhan mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu melalui  rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 December 2019.

da'i farhan

Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berusia 1 tahun 5 bulan.