Expired : 18.06.18

Tahniah Di Atas Pelantikan Ustazah Nuridah Mohd Salleh Sebagai YB Senator Mewakili Negeri Terengganu


TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH SEBAGAI YB SENATOR MEWAKILI NEGERI TERENGGANU


1. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas keizinanNya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia di lantik sebagai YB Senator mewakili Negeri Terengganu.


2. Tahniah dan syabas khusus kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana memberi ruang sekaligus mengangkat suara wanita dalam memberikan perkhidmatan dan menyumbang kepada rakyat.


3 . Keputusan ini jelas membuktikan PAS adalah parti yang memartabatkan wanita dengan yakin dan percaya mandat diberi untuk muslimat PAS membawa dan memimpin rakyat bersama-sama dalam acuan Islam Memimpin ke persada legislatif dan eksekutif.


4. Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada YB Sanator Ustazah Nuridah Mohd Salleh di atas lantikan dan tanggungjawab ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan martabat serta keagungan Islam akan terlaksana dalam perkhidmatan dan pentadbiran YB Senator bersama kerajaan Negeri Terengganu.


Siiru ala barakatillah.


#Islam Memimpin

#Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan

#Istiqamah Membina Selangor Sejahtera


Ustazah Wan Hasrina Bt Wan Hassan

Ketua

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

1 Disember 2018


The post Tahniah Di Atas Pelantikan Ustazah Nuridah Mohd Salleh Sebagai YB Senator Mewakili Negeri Terengganu appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop