Expired : 18.06.18

(TAHNIAH) Fazura Umum Hamil 4 Bulan

Selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya pasangan selebriti popular Fazura dan Fattah Amin, bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.


fazura hamil 4 bulan fazura hamil 4 bulan


Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Fazura menerusi akaun Instagramnya, memaklumkan dia sedang hamil empat bulan. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling bermakna serta berharga dari Allah SWT yang diberikan kepadanya dan suami tercinta.


Pasangan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu dan bapa.


fazura hamil 4 bulan


Tentunya berita ini dinantikan ramai terutama sekali buat peminat Fattzura, ruangan komen di perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini.


Mereka turut sama mendoakan agar kandungan Fazura sihat dan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan.


fazura hamil 4 bulan fazura hamil 4 bulan


Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.


Alhamdullillah dan tahniah kami ucapkan kepada Fazura dan Fattah, akhirnya mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami mendoakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat. Amin..