Expired : 18.06.18

(TAHNIAH) Fizz Fairuz Sahkan Almy Nadia Sedang Hamil Anak Keempat

Tahniah diucapkan kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz yang berkongsi berita gembira dia dan isteri, Almy Nadia bakal menimang cahaya mata keeempat pada tahun depan.


almy nadia hamil lagi


Fizz menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa gembira apabila Almy disahkan hamil sembilan minggu dan turut memuat naik imej imbasan kandungan isterinya.








Buat Fizz, ia adalah hadiah terindah dan rezeki daripada Allah SWT yang cukup istimewa bersempena tahun baru ini.


fizz fairuz almy nadiafizz fairuz anak 2020


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 10 tahun.


Tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Fizz dan Almy, semoga ibu dan kandungan berada dalam keadaan sihat sentiasa. Lebih meriahlah keluarga mereka selepas ini.