Expired : 18.06.18

(TAHNIAH) Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019

Seperti yang dijangka ramai, gadis berusia 18 tahun, Haneesya Hanee berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 disiarkan secara eksklusif pada malam semalam di Astro Ria.



Tampil berani serta penuh keyakinan, Hanee berjaya memikat hati ramai dan sekaligus menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri.



Bersyukur dengan kemenangan tersebut, Hanee menerusi akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan beliau peluang untuk menyertai Dewi Remaja dan juga kepada mereka yang tidak pernah henti memberikan sokongan serta kata-kata semangat kepada beliau selama ini.


Mahkota kemenangan  disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose. Hanee telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Tahniah kami ucapkan dan semoga anda akan terus mewarnai dunia hiburan tempatan selepas ini.


Sumber Berita : Astro Awani


Kredit Foto : Instagram Media Hiburan


Norlida Ishak Shop