Expired : 18.06.18

(TAHNIAH) Sarah Hildebrand Sah Bergelar Isteri Kepada Jejaka Kacukan Filipina-Amerika

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon terkenal Sarah Hildebrand sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen. Pasangan tersebut sah bernikah kira-kira pukul 10.25 pagi semalam di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.


sarah hildebrand nikah


Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara Sarah.


Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin. Majlis pernikahan pasangan tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat.