Expired : 18.06.18

Tahu Tak Bertepuk Tampar Tu Boleh Dianggap Cabul? Baca Penjelasan Polis Ini

Ada tak korang rimas dengan kawan atau kenalan yang tangannya tak
reti duduk diam? Sikit-sikit nak pegang, nak cuit, macam-macam jenis
sentuhan lah!





Biarpun si dia tu hanya suka-suka, tapi  jika tak disenangi
sebenarnya ia dah boleh dianggap sebenarnya cabul tau! Admin sendiri
baru tahu pasal hal ni, kalau tak percaya baca penjelasan daripada ASP Radhiah  binti Mamat, dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) mengenai isu ini.





Penjara 10 tahun, Denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.









Menerusi sumber, kalau orang yang anda sentuh itu di bawah usia 18
tahun, selepas pindaan Julai lalu di bawah Akta Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017,  kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang
membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat.





“Sabit kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, hukuman penjaranya 10 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.”





Untuk pengetahuan kalau orang yang disentuh itu di bawah usia 18
tahun, di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,  kesalahan ini
terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan
juga sebat.





“Tak kira, lelaki sama
lelaki. perempuan dengan perempuan atau berlainan jantina, asal aduan
dibuat, boleh disiasat di bawah seksyen ini.”





Lokasi-lokasi yang selalu terjadi.









Bukannya apa, ia kadang-kadang selalu berlaku di tempat awam, kadang-kadang mereka berpura-pura tak sengaja.





Antara tempat yang sering terjadi adalah kata ASP Radhiah ia sering
berlaku di dalam pengangkutan awam seperti LRT, bas, komuter selain di
pusat membeli-belah. Tak kurang juga kejadian kerap berlaku di sekolah,
tempat kerja dan sebagainya.





“Kalau kejadian berlaku di
tempat awam, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian masyarakat yang
boleh bersama-sama menangkap suspek. Kalau sempat ambil gambarnya dan
datang terus ke balai polis.





Jika berlaku di pejabat,
datang ke balai dan kita akan memanggil suspek ke balai. Jika di sekolah
atau asrama, adu kepada guru yang bertugas supaya hal ini dapat
diselesaikan.





Pihak polis tiada spesifik
 tentang masa laporan. Bila-bila pun boleh. Lagi cepat lagi bagus kerana
cabul ini tiada kesan seperti air mani sebagaimana kes rogol. Asal ada
laporan, pihak polis akan jalankan siasatan,” katanya memaklumi pihak
polis menerima banyak aduan berkaitan kes-kes ganguan seksual dan
berharap  masyarakat menyedari hak mereka.”





Suspek boleh dibawa ke muka pengadilan.





Sumber : Remaja




Ramai yang anggap perkara ini satu gurauan, mungkin ya bagi si pelaku
tapi tidak kepada si mangsa! Inspektor Nurul Akma memaklumkan ramai
beranggapan perbuatan itu gurauan semata yang mana mereka akan sama-sama
mentertawakan mangsa.





“Semua dianggap gurauan. Tapi
jika pengadu membuat laporan kerana berasa tidak selesa dengan
perlakuan itu, kita akan jalankan siasatan,





Ada dua kemungkinan. Sama ada
mangsa malu dan kedua lebih senang diamkan diri dan kerana itulah tiada
tangkapan dibuat terhadap suspek,”katanya memaklumi tiada justifikasi
“muka ganas” atau “muka baik” pelakunya tetapi  perbuatan  ini adalah
satu jenayah yang tidak wajar dipandang remeh.”





Tambah lagi, kalau pasangan bercinta tapi satu pihak tak menyukainya  pun oleh diambil tindakan tau!





“Tak Kisah Mereka Pasangan Kekasih, Kalau Memang
Pada Masa Kejadian Seperti Dilaporkan, Kita Tetap Akan Siasat. Kalau
Terbukti, Kita Akan Bawa Suspek Ke Muka Pengadilan.





“Samalah kalau mereka tinggal di asrama. Mungkin sekadar gurau-gurau
tetapi perbuatan menyentuh mana-mana anggota tanpa kerelaan adalah satu
jenayah iaitu cabul,”katanya menasihati remaja  untuk memahami hak.


The post Tahu Tak Bertepuk Tampar Tu Boleh Dianggap Cabul? Baca Penjelasan Polis Ini appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop