Expired : 18.06.18

“Tak Akan Ada Leftenan Zana 2” – Sheila Rusly

Penerbit dan pelakon drama bersiri popular Leftenan Zana, Sheila Rusly menegaskan tidak akan meneruskan sekuel drama tersebut.


Biarpun mendapat sambutan ramai dan permintaan untuk menyambung drama ketenteraan itu untuk musim kedua, Sheila tetap dengan pendiriannya.


“Ramai yang minta saya menerbitkan Leftenan Zana 2 dan Leftenan Zana Raya, tetapi itu tidak akan berlaku,” katanya kepada Gempak.


Bagaimanapun, dek sokongan dan apresiasi penonton terhadap naskhah tersebut, Sheila akan menerbitkan drama ketenteraan berasaskan pertempuran (kombat) pada tahun 2020.


“Saya masih berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dan akan ada naskhah baharu daripada JS Pictures Sdn. Bhd. yang lebih gah daripada Leftenan Zana.


“Genre drama ketenteraan sedikit berbeza dan lebih kepada aksi dan kombat. Namun, elemen percintaan masih diselitkan dan saya luaskan skop cinta itu kepada keluarga, negara dan agama.


“Sebenarnya sudah ramai yang menyerah diri untuk membintangi drama itu dan saya akan memilih pelakon yang betul-betul memiliki jiwa ketenteraan.


“Bukan datang set semata-mata nak bergambar pakai baju tentera,” tambahnya yang sibuk dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan musim ke-15.


Drama Leftenan Zana meraih lebih 10 juta tontonan di televisyen dan 6 juta tontonan di YouTube sejak bersiaran sejak 8 Februari lalu


Leftenan Zana arahan Azman Haji Yahya atau Jinggo itu mengisahkan impian Zana lakonan Janna Nick yang bercita-cita menjadi anggota tentera tetapi tidak direstui bapanya, Mejar (B) Rahmat (Hairie Othman)..


Drama 10 episod itu turut dibintangi Tunku Hanis, Redza Rosli, Aprena Manrose dan ramai lagi.


Sumber : Gempak


Norlida Ishak Shop