Expired : 18.06.18

Tak Dapat Pulang Beraya, Wani Kayrie “Hangus” RM4,000

Penyanyi Wani Kayrie akur apabila beliau dan keluarga tidak dapat meraikan sambutan Aidilfitri di Sabah pada tahun ini.


wan kayrie


Menurut Wani, beliau yang terlalu teruja telah membuat persediaan awal membeli tiket penerbangan untuk pulang beraya di kampung halaman ibunya di Sabah.


Namun Wani bagaimanapun terpaksa reda dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang seakan memaksa dirinya dan keluarga untuk tidak pulang beraya bagi menangani wabak COVID-19.


“Tahun ini pun saya simpan duit kerja dan hadiahkan tiket penerbangan supaya keluarga dapat balik raya, memang setiap tahun saya hadiahkan tiket.”


Dalam pada itu, Wani turut menyatakan yang beliau kerugian hampir RM4,000 melibatkan kos tiket penerbangan  kerana terpaksa membatalkan perjalanan tersebut.


wani kayrie


Tambah Wani, tiket penerbangan itu juga difahamkan tidak mendapat bayaran balik dan hanya boleh digunakan untuk lokasi yang sama dalam masa setahun.


Bercakap berkenaan sambutan raya, Wani berkata beliau akan menyambut Syawal di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.


Wani juga turut menegaskan yang keluarga tetap akan beraya bersama malah yakin pandemik ini akan berakhir dengan segera.


Sumber: mStar