Expired : 18.06.18

“Tak Hensem!” – Amerul Affendi Buktikan Dia Level International, “Dia Layak”

Lambakan drama Melayu dengan hero dan her0in berwajah komersil yang membuatkan produser lebih mementingkan rupa paras daripada bakat seseorang pelakon. Hasilnya, pelakon hebat yang berbakat kena ‘reject’ dengan stesen TV kerana dikatakan tidak mempunyai wajah yang komersil seperti pelakon lelaki yang lain.


Antara yang menerima nasib seperti itu adalah Amerul Affendi. Kepada yang mengenali Amerul, sudah pasti akan  tahu mengenai bakat lakonannya yang hebat dan pelakon yang menjiwai watak yang diberikan dengan baik yang boleh memberikan k4san kepada hati penonton.


Malah, sampai satu tahap Amerul sendiri pernah mengaku bahawa mahu berhenti dan mengundurkan diri daripada dunia seni disebabkan perasaan tawar hatinya terhadap dunia seni pada masa kini. Tetapi sokongan daripada rakan dalam dunia seni seperti Namron, Bront dan Zahiril Adzim membuatkan Amerul bertahan.



Terbaru, ramai netizen memuji dan menyatakan rasa kagum masing-masing dengan Amerul Affendi selepas dia dilihat muncul dalam music video lagu terbaru Yuna. Lagu tersebut berjudul Blank Marquee nyanyian Yuna bersama rapper dari Amerika, G-Eazy.


Bukan hanya netizen, rakan-rakan artis turut berbangga dan ucap tahniah dekat Amerul sebab berjaya masuk pasaran antarabangsa. Cayalah Merul!



Walaupun penggambaran music video ni hanya di sekitar Malaysia, tapi Yuna sendiri memang dah level international. Sudah pasti,  MV ni akan ditayang di luar negara juga apatah lagi dia berduet dengan penyanyi antarabangsa.


Malah Yuna sendiri ada memuat naik gambar statistik negara yang paling banyak dengar lagu terbaru tu dan dua negara pertama adalah Amerika Syarikat dan Germany!




Amerul sendiri sempat upload beberapa gambar sewaktu penggambaran dan berterima kasih kerana diberi peluang bekerja dengan orang-orang hebat.”Salah satu pengalaman yang best dalam perjalanan ni.



Bukan setakat bangga dengan Amerul, netizen juga puji hasil kerja suami Yuna, Adam Sinclair yang mengarahkan music video ni sebab buat KL nampak macam New York City. Cantik wehhhh!


Korang tengok jelah music video awesome tu:


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress


Sumber


Norlida Ishak Shop