Expired : 18.06.18

Tak Lama Lagi Maszlee Masuk Buku Sejarah – Najib

KUALA LUMPUR 3 Dis.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meramalkan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik akan dimasukkan dalam buku sejarah.


Najib dalam satu hantaran di Facebook berkata, ada masa dan tempat untuk berpolitik dan sekolah bukan salah satu daripadanya. Menurut beliau pelajar sekolah tidak patut diperalat dan dianiaya masa depan mereka.


“Saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku sejarah. Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, dan bukan di sekolah.


“Jangan peralatkan anak-anak kecil kita, jangan aniaya masa depan mereka,” kata Najib.


Dr. Maszlee hari ini di Dewan Rakyat berkata, Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah.


Turut akan dimasukkan dalam silibus Sejarah adalah jenayah besar seperti ‘menyamun’ yang dilakukan oleh ahli politik.


Menurut Dr. Maszlee, tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi kesilapan sama.- UTUSAN ONLINE


Norlida Ishak Shop