v “Tak Main Perli Di Instagram, Itu Childish!” – Zizi Kirana Seru Pengikut Nilai Diri Sendiri
Expired : 18.06.18

“Tak Main Perli Di Instagram, Itu Childish!” – Zizi Kirana Seru Pengikut Nilai Diri Sendiri

Bertindak menyenaraikan beberapa kriteria yang harus dipatuhi andai mahu dipandang sebagai seseorang individu yang berfikiran matang, penyanyi penuh sensasi, Zizi Kirana akui setiap individu itu haruslah sentiasa berfikiran jauh, tidak suka mencari kesalahan orang lain dan mengelakkan diri daripada berbalah.

kriteria matang bagi zizi kirana

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Zizi menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story miliknya.

Kata Zizi, beliau berpendapat, individu yang suka “menghendap” kisah peribadi dan kehidupan orang lain di media sosial adalah tidak matang, lagi-lagi jenis yang suka mencari kesalahan seseorang.

 

kriteria matang bagi zizi kirana

Menurut Zizi lagi, menggunakan media sosial untuk menyebarkan kebencian juga antara perkara yang tidak wajar dilakukan kerana ia bersifat kebudak-budakan.

Lantaran itu, Zizi dilihat seakan menyeru para pengikutnya untuk menilai diri sendiri sama ada memenuhi kriteria sebagai seseorang yang matang ataupun tidak.

Berikut adalah lapan kriteria yang disenaraikan Zizi untuk tatapan umum.

kriteria matang bagi zizi kirana

Sekadar informasi, Zizi merupakan penyanyi yang sentiasa dikecam netizen dek pemakaiannya yang sering kali dijadikan bualan netizen kerana terlalu seksi dan mencolok mata. Namun, Zizi yang terkenal dengan sikap profesionalnya itu, langsung tidak cepat melatah dengan segala caci maki yang menimpa dirinya.

Untuk rekod, Zizi sebelum ini pernah menyertai kumpulan The Fabulous Cats, namun pembabitan Zizi dalam kumpulan tersebut tidak berpanjangan selepas kumpulan itu memutuskan untuk dibubarkan.